Tuesday, June 28, 2011

Diktator Sebuah Koma

Seminit lagi jam akan bertambah lagi waktunya. Menghampiri waktu. Solat subuh di Zon 7, Samarahan. Keadaan yang agak sunyi, dengan bunyi hujan yang membisingkan alam diam selama hampir empat minit.

Masuk hari ini, sudah hampir tiga bulan, aku dengar lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi dari seberang tambak ini. Lagu yang agak jarang didengari oleh rakyat di utara republik itu semakin lama, semakin kurasakan terlalu mengunci aku dalam satu alam yang amat asing. Aku tidak pernah ada dalam alam itu. Yang pasti, aku ulang, dan ulang, dan ulang lagu yang sama, hampir setiap hari, dalam tempoh itu.

Jarak masa yang agak panjang antara waktu makan malam dan waktu hujan reda itu membuatkan aku berasa lapar. Tetikus infra-merah berkelip-kelip, seolah, memahami keadaan perut tuannya yang sedang kelaparan di waktu hampir subuh yang semakin dingin, dibasahi embun pagi menebalkan ketepuan udara di troposfera tropika ini.

Tapi, tak ada siapa yang tahu. Masing-masing sedang mendalami tidur malam yang panjang. Mengigau, mimpi ngeri, mimpi indah, terbawa-bawa dalam mimpi, tak bermimpi dan berdengkur. Malam adalah milik tidur. Menjadi raja dalam malam manusia.

Dan dengan itu, masa menjadi koma. Manusia yang menjadi koma dalam masa yang berhenti, tanpa ada rasa paksaan. Tiada diktator atau kuku besi yang menjadi duri dalam tempoh itu. Manusia bebas, tanpa ada rasa ingin ditakluki.

Bulan, yang sunyi sendiri, merajuk, di atas awan. Tiada siapa yang sudi memuja keindahan malamnya yang selalu menerangi tanah di bumi. Mungkin, ditemani oleh pesawat-pesawat yang mempunyai jadual lewat malam atau seawal pagi sebelum subuh, melintasi bumi di bawah cahaya bulan.

Sukar untuk membezakan rintik-rintik hujan yang semakin halus dengan embun pagi yang semakin kasar jatuh ke bumi. Cahaya bulan yang sendiri semakin jauh, semakin rendah di kaki langit. Salakan anjing-anjing yang tinggal di kawasan kejiranan Cina semakin menjauh. Hampir melengkapkan diktator sebuah koma. Menjadi diktator dalam gelap. Dalam sunyi. Dan dalam dingin. Mungkin juga dalam rindu yang jauh...

Selamat malam. Bangunlah dengan hati yang indah...

ps: apa aku merepek ni....arghhh…tak leh nak tido lah!!!!

Thursday, June 23, 2011

Aku, Kau, Dia, Mereka dan Kopurimanan Ku Osongulunan Oku

Hampir setiap petang hujan lebat turun di penghujung bulan Mei dan awal Jun. Setelah hampir tiga per empat siang manusia-manusia di bumi ini mengeluh kepanasan, dan hujan yang turun pasti akan menurunkan suhu yang menjadi rungutan di bahagian bumi yang sedang menghadap matahari ini.

Panas. Itulah perkataan yang dapat aku gambarkan tentang keadaan sepanjang hari itu. Walau pun suhu jatuh di waktu malam, namun, suhu tetap lebih tinggi daripada malam-malam yang lain.

Hobi aku, mendengar lagu-lagu. Earphone yang disumbatkan ke telingaku sengaja kupasang dengan volume yang tinggi, malas untuk mendengar bunyi sembang-sembang kosong mereka yang berada di luar.

Dan senja itu, aktiviti aku ialah mengemas bilik. Pejam celik, dah lama juga aku tak mengemas ruang kecil ini. Bilik ini terletak di bahagian selatan, sudah tentulah bilik ini amat kurang menerima cahaya matahari. Walau pun kurang menerima cahaya matahari, bilik ini tetap berasa panas, kerana kedudukan bilik ini yang agak terlindung daripada angin. Mungkin atas sebab itu, bilik aku kurang berhabuk.

Banyak barang yang aku kemaskan. Pakaian, buku-buku, dan barang yang aku simpan sebagai koleksi. Ada di antara barang-barang ini berada dalam simpananku sejak dari sekolah rendah lagi. Teringat zaman dulu, masa aku masih lagi berpakaian seragam sekolah. Sampai sekarang, pakaian seragam pengawas yang aku gunakan sewaktu darjah enam masih aku simpan.


Ada satu kotak yang masih dalam berkeadaan baik. Aku buat sendiri bungkusan yang bercorak abstrak tikar dengan gabungan pelbagai warna menggunakan cat poster. Di dalamnya, kusimpan penanda kunci, jam tangan, tiket bas, penanda buku dan pembalut gula-gula. Penanda kunci yang berbentuk baju-T dan jam tangan itu adalah pemberian mak dan abah semasa mereka berdua berkunjung ke Semenanjung Malaysia pertengahan tahun 2002. Tiket bas itu pula tiket kertas yang sangat panjang. Lebih kurang 1.3 meter. Aku memperolehinya ketika aku menaiki bas untuk pulang ke rumah. Pada ketika itu, aku menjadi orang yang terakhir menaiki bas. Pemandu yang juga konduktor bas mengerat tiket yang keluar dari mesin dan memberikan kepadaku sebagai orang yang terakhir sekali naik ke dalam perut bas, mungkin jenuh untuk memotong satu persatu tiket memandangkan agak banyak juga pelajar sekolah yang menaiki bas ketika itu. Apa yang aku dapat ingat, beberapa orang penumpang yang duduk di kerusi hadapan hanya tersengih melihat aku menggulung tiket bas yang panjang sambil berjalan ke arah kerusi kosong. Malu jugak masa tu, tapi disebabkan aku baru tingkatan satu, perasaan itu agak kurang. Kalaulah terjadi pada usia sebegini, sumpah, aku akan berasa canggung dan tak akan naik bas selama seminggu. Mengingati semula perkara itu membuatkan aku tersengih sendiri.

Penanda buku dan pembalut gula-gula. Mungkin, bagi sesetengah orang, penanda buku dan pembalut gula-gula ini kurang nilai sentimentalnya, tapi, aku masih tetap menyimpan kedua-duanya, sejak dari tingkatan empat, tahun 2003. Mestilah, kedua-duanya dari seorang yang istimewa. Ada juga kawanku bertanya, apa yang istimewanya kedua-dua barang yang aku simpan rapi dalam kotak ini. Jawapanku, senang:

“Kalau aku simpan barang yang dia bagi kat aku tu, contohnya frame gambar, aku tak rasa frame tu kekal, mesti pecah punya. Pembalut gula-gulakan plastik, plastik ambil masa yang lama untuk reput.

Bercintalah, jika itu yang membuatkanmu gembira, kerana cinta itu akan membuatkanmu sempurna dalam darjahmu yang tersendiri…” Jawapan klise yang kukira mampu memuaskan hati semua pihak yang bertanya.

And yeah, it was indeed, a warm night. All the crickets sang happily in the wood. Somehow, it feels like I’m coming back through a time travel tunnel, which, everything seems to be in their original state, preserved within the time. The same goes to my prefect’s uniform. The top is still blue in colour, while the pants are in navy blue, like the way they have been. I miss them, a lot.

Namun aku sedar, bayang-bayang yang hidup dalam kenangan ini akan hilang satu masa nanti. Dan kenangan ini sudah pun mula pudar, seperti mana baju-baju yang berusia lebih dari semusim ini. Masa berlalu pergi, dan perubahan waktu memberikan aku satu kehidupan yang dinamik, yang sentiasa berubah, meninggalkan kehidupan yang pernah berlalu dalam hatiku. Tapi, bila aku fikir-fikirkan balik, terlalu banyak perkara yang aku tertinggal dan lupa.

Aku sedar, aku sendiri di sini, ditinggalkan dalam kenangan yang semakin hilang. Hatiku mungkin bukan typewriter, menaip segala kata yang pernah keluar ke dalam ingatanku yang semakin luntur. Mataku mungkin bukan video tape yang memainkan semula cerita-cerita semalam. Mungkin aku juga bukan mesin stensil yang pernah digunakan untuk mencetak kertas ujian di sekolah rendah dulu. Mana mungkin aku boleh mencetak gambar-gambar kenangan bersama mereka yang pernah hidup dalam memoriku seperti mesin itu. Kadang-kadang, tidak semua kenangan ini akan kekal dalam hati, kerana apa yang pasti, sebahagiannya akan luntur.

Langit kirmizi di barat dunia semakin tenggelam, berlari mengejar matahari yang beredar ke sebelah sana bumi. Dan sampai bila aku akan dapat melihat, warna yang sedih ini?


Kerana, kita pasti akan melewati segalanya yang kian berubah...

Tuesday, June 7, 2011

Ketika Malam Menjelang...

Sejak aku masuk ke tingkatan dua, aku berasa menjadi seorang yang sangat penakut. Lebih-lebih lagi kalau tak dapat tidur malam. Setiap malam, aku akan tidur di bilik abang-abang aku. Abang sulung aku tiada di rumah, bekerja sebagai seorang askar. Abang kedua aku pula lebih suka tidur di ruang tamu. Kata mak dan abang sulung aku, banyak kejadian pelik yang mereka pernah alami di luar tingkap bilik itu. Kebetulan, bilik itu satu-satunya bilik yang berada di sebelah selatan, yang menghadap hutan belukar di belakang rumah. Bilik lain menghadap sebelah depan rumah.

Disebabkan sikap penakut aku yang keterlaluan itu, mak selalu memomok-momokkan aku dengan cerita misteri alam ghaib yang diceritakan oleh nenek kepadanya. Sebenarnya, aku memang seorang penakut sejak dari kecil lagi. Terbawa-bawa sehingga aku masuk ke tingkatan dua.

Pernah sekali mak menyuruh aku menyelak langsir rumah untuk melihat ke luar rumah, untuk melihat siapa yang datang setelah mendengar bunyi kereta yang berada agak hampir dengan rumah. Penakut punya pasal, kepala aku terhantuk pada jejaring besi yang dipasang pada tingkap. Esoknya, aku pergi ke sekolah dengan dahi yang lebam.

Kejadian pertama, semasa aku berumur sebelas tahun, darjah 5. Aku melihat satu cahaya kecil sedang bermain-main di celah-celah lalang di tepi rumah. Aku tegur cahaya itu, tapi nenek melarang aku. Katanya, malam-malam jangan disebut benda yang bukan-bukan.

Paling seram, masa aku di tingkatan dua. Pusing kanan, pusing kiri, mengiring, meniarap, panasnya… susah sangat nak tidur malam tu. Dah pukul dua pagi. Tiba-tiba, aku terdengar satu bunyi. Bunyi macam sebatang kayu dihentak ke lantai simen dan diikuti oleh bunyi rantai besi diseret. Tuhan sahaja yang tahu perasaanku masa itu. Apa yang aku lakukan ialah berdoa, selawat, dan membaca sedikit sebanyak ayat-ayat daripada surah al Quran yang kuhafal sejak dari darjah satu, sambil memeluk bantal dengan harapan aku tidak akan mendengar bunyi itu.

Menurut kakak sulungku, dia juga pernah dengar bunyi yang sama semasa sedang study untuk peperiksaan. Sepanjang ingatan aku, aku rasa aku pernah dengar sebanyak tiga kali bunyi itu, sampailah aku masuk ke tingkatan empat.

Perkara yang hampir sama berlaku keitka aku berada di Labuan, atau lebih tepat lagi di Kolej Matrikulasi Labuan. Pada masa tu, semua matrikulasi bercuti selama dua minggu sempena Tahun Baru Cina. Kebetulan, semua teman sebilikku berasal dari Kuching, maka mereka semua balik ke rumah, meninggalkan aku seorang di bilik yang aku kongsi dengan mereka berempat.

Selasa, malam Rabu. Disebabkan kebosanan, aku mengambil keputusan untuk mengulang kaji subjek Fizik dengan melakukan sedikit tutorial. Awal lagi kalau nak tidur, padahal dah pukul 2 lebih pagi. Tiba-tiba, aku terdengar anjing menyalak panjang. Aku buat bodoh je. Lepas tu, anjing-anjing tu senyap. Tak lama lepas tu, aku dengar lagi. Disebabkan aku dah tak tahan lagi, aku biarkan buku dan alat tulis di atas meja tanpa dikemaskan dan terus ke katil. Baru dalam seminit aku rebah di atas katil, aku tercium satu benda, wangi. Yang menjadi keanehannya, bau tu memang sama dengan bau deodoran yang aku guna. Tapi, aku memang tak pernah pakai kalau ada dalam bilik.

Lepas tu, bau wangian itu disusuli dengan satu suara...

Eeaaaaaa....

Eeaaaaaa....

Sayu, cukup menyeramkan aku. Rasanya, aku pengsan setelah dengar suara yang berada sangat dekat dengan telingaku itu. Sedar-sedar, dah pukul 10 pagi. Bangun pagi tu, barulah aku sedar, hanya ada dua orang sahaja yang mendiami arasa bawah blok asrama itu termasuk aku.

Februari 2010. Juga pada cuti perayaan Tahun Baru Cina. Jam hampir empat pagi. Kebosanan di hostel membuatkan aku mengajak seorang kawanku keluar ke Johor Bahru, merayau pada pagi-pagi buta itu. Menggunakan motosikal pinjam, aku berasa sedikit terganggu dengan keadaan lampu motosikal yang agak tinggi, biar pun lampu rendah dihidupkan. Aku mencadangkan kawanku agar berhenti di sebuah stesen minyak Petronas di Johor Bahru untuk membetulkan lampu itu.

Aku terperasan sesuatu, tidak jauh dari motosikal kami dan tempat kami berdiri. Aku dapat lihat satu 'benda' memakai baju seperti guni sedang berdiri, berpaling dari arah kami.

"Eh, dahlah. Aku rasa lampu ni memang tak dapat repairlah." Kataku kepada kawanku, mengajak dia balik, menyembunyikan keadaan yang sebenar. Sampai di kolej, barulah aku menceritakan hal yang sebenarnya.

Namun, perkara yang paing tak dapat aku lupakan ialah azan. Ada dua kejadian yang sama mengenai azan berlaku sepanjang umur hidupku. Pertama sekali di Labuan. Ketika itu, aku dan teman sebilikku sedang duduk di meja belajar, bersembang. Masih lagi awal untuk tidur, sekitar jam 11.20 malam. Teman sebilikku ini memiliki CD Player, dan pada malam itu, dia seperti biasa memainkan lagu-lagu dari pemain CD itu.

"Kau dengar tak tu Wandy?" Tanyaku padanya sambil memperlahankan bunyi yang keluar dari speaker.

"Azankan?" Aku bertanya lagi, untuk mengesahkan apa yang aku dengar.

"Takkan ada orang azan tengah-tengah malam macam ni. Suara budak kecik pulak tu."

Suara azan itu tidak terlalu kuat, sayup-sayup, mungkin agak jauh dari bilik tingkat bawah kami. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, siapakah yang mengalunkan azan pada waktu itu, dan selepas itu, tiada lagi azan yang kami dengar di luar waktu awal solat.

Kejadian kedua berlaku pada tahun 2007. Cuti Tahun Baru Cina. Aku dan beberapa orang teman sekolej melakukan aktiviti memanjat gunung di Negeri Sembilan, Gunung Datuk. Tiada kejadian aneh berlaku sepanjang pendakian gunung itu. Kejadian aneh hanya berlaku pada hari kedua, iaitu hari terakhir, di mana pada masa itu, aku dan teman-teman lain sedang mengambil gambar kenangan di atas gunung.

Cuping telingaku menangkap suatu bunyi. Azan. Yang menjadi keanehannya, siapa yang sedang mengalunkan azan pada jam 1140 pagi? Azan itu juga dapat didengari oleh beberapa orang kawan yang berada bersebelahan ketika sedang bergambar di kawasan perkhemahan gunung itu.

Sampai sekarang, kejadian-kejadian ini masih menjadi tanda tanya...


Bersambung....









Monday, April 25, 2011

Sampei Bila Mek Rah Sitok

It's been 19 years, since it began. Today, everything will about to come to its end...

...

It's quite sad, to finish what I've started all these 19 years of works. Everyone has their own stories, including me. Yeah, I still remember the days when I was five, playing hopscotch with my sisters, galah panjang with my mengaji friends at my kampong's surau and to lose my songkok in the evening when my sister and I walked to home from the surau. It happened when I was eleven. The memories live beneath this heart; none are buried, but always be cherished, forever.

Kindergarten, year 1993. Tabika Kampung Pangkalan Kuap, my first school. I had my record in this kindergarten. Always being late to school, improper dress; I hate to wear school uniform. Being a kindergarten pupil, a pair of school shoes was not a necessary. Everyone wore slippers. Late as usual, I put my slippers outside the classroom. They were L.O.S.T.! (T_T)

When I was in Primary 5, my school; Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang, accepted a new headmaster. He happened to be my mum's cousin. One day, he walked into my classroom during English lesson, taught by Puan Zuraini, a Selangorean teacher. He said something to Puan Zuraini.

"May I know who Zizi is?" He asked to everyone.

I raised up my hand.

"Ouh. You. Puan Zuriani, this is my nephew. Never seen him in years! Please take care of him and Zizi, tell your mum, I'll come over to your house. Perhaps, next weekend."

Naturally, the whole school knew the story. So, everyone in the school knew me and my sister. She was seven. What a coincident, since no teacher dared to rotan me! Ha-ha. Well, I was a favourite student to receive denda from the teachers especially when I was in Primary 1 until 5. No denda no me. Say, I was among on the top of the ranking to receive denda from the teachers. Ketuk ketampi for not having a drawing paper, standing outside the classroom as a denda for forgetting my books, cleaning the school ground from rubbish; I hate Music lessons and the laziness to bring my recorder and standing at the school field when I made noise in the class. Ha-ha.

Before that, when I was in Primary 4, I got a denda, standing in front of the blackboard since I failed to memorize Sifir 7! Yeehaw... It was my primary school days.

2000 minus 1987 equals to 13. Yeay, I'm thirteen years old now! Introducing, my new school: Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tapang!

I still remember when I get caught in the rain while waiting for bus after school. Wet! Luckily, it was Friday, the last day of school, before two weeks of Chinese New Year school holidays. Wow, I hardly believed it was eleven years ago. Ha-ha. I'm a big boy now :P.

When I was a student in this school, there were numbers of things that I missed a lot; my friends, teachers and the environment. Memories refresh inside my head as I come back to this 1981's school and yeah, I still can't believed that I'm 24! Ha-ha... It's just like yesterday when I turned 13.

When I was in form 3, unexpectedly, I won the 3rd prize in Bahasa Malaysia's poem writings. For God sake I was a suck that I forgot to tie up my shoelace when I came up to the stage to receive the prize from our Penolong Kanan Ikthisas. Weee...

Then, in form 5, everyone wish me a happy birthday. Being an anonymous and not popular student, since I'm not an athlete, a smart student nor a hot guy, I didn't know how people knew the date, including the juniors. What can I say; I love my school's friends!

The next destination of my academia institution was Labuan Matriculation College. Ha-ha. Being a 'Labuanite' student who lives away from family, I learned how to iron my formal shirts and pants. I really didn't have the idea how to iron all my formals since my sisters helped me to do them. One day, on Friday morning, the last day of the first semester examination week, I blew up myself an iron on my bare hand. Urgh... The whole hostel block went blackout. Err... Hey fellas, sorry... hehe. Luckily, I didn't hurt my hand.

KML has taught me a real life as a student. A year as a matriculation-born student, I lived myself better, away from my families, which really gave a clueless me of an idea on an independent teen life.

'To be or not to be'; Hamlet by Shakespeare. Well, it's Universiti Teknologi Malaysia, 2011. It's this year that's going to be. It feels like yesterday I registered myself as a college student. Not much memory created, but they all filled up my life here. I lived my life as a student, just like my friends, we went to kedai mamak at 1 a.m for roti canai and teh tarik, went for some movies at the Giant MBO's cinemas, mountains climbing in Kelantan, Johore and Negri Sembilan, listened to our lecturers' explanations in the class, the lab works and bla bla bla...

Well, I admit that I'm crazy and lazy. But it's so amazing that I went to the Perpustakaan Sultanah Zanariah by walking every day, from 8 a.m until 10 p.m, doing my works and studied. Maybe, some mambangs has exorcised me! So please, beware...

Together my friends and I laughed, we cried, sharing problems, good Lord, they're my best pals forever!

...

And now, I'm waiting for the boarding call, my last and final flight. Argh... I wish I can tell the world how I'm going to miss this place, my life and my friends. It's a great honour to be a guest and I'm proud to be a part of this land. Anyway, thanks...everyone :) See you again, soon!

Friday, April 15, 2011

Meninggalkanmu... Kepulangku (Akhir)

Angin semakin merendah ke muka bumi. Satu tanda bahawa hujan akan turun sebentar lagi di daerah yang masih lagi asing bagiku ini. Keadaan yang agak biasa bagi petang di sini membuatkan suasana dingin. Petang yang selalu ditemani dengan air teh ‘O’ panas, minuman yang pernah menjadi santapan kegemaran bangsawan penjajah suatu ketika dahulu, menghangatkan petang yang semakin dimakan kelam di sini.

“It’s just perfect!”

“What?” Aku berasa sedikit aneh dengan gelagatnya petang itu.

“You know, I love the sunset. I wish, I can be here, sitting on this bench every evening till the day I die.”

“Ouh. Why?” Aku bertanya kembali.

Dia hanya tersenyum. Pandangannya dialihkan ke arah matahari jatuh di hadapannya. Aku berdiri, menunggu jawapan kepada soalanku. Akhir sekali, aku duduk, lenguh berdiri melihat keadaan petang di hadapan rumah batuku itu.

“It’s like every day is a day in the summer. I wish… it happens in my hometown.”

“You can hardly see the sunset in the winter. It’s too mysterious, too much of secret to be kept. In the spring, sunsets are calm, sometimes, flowers just fall from the skies, giving you the chance to live again. And in the autumn, it’s like the saddest sunset. Pale, misery, like all the happiness have gone from this world.” Tambahnya lagi.

“Then, I think it’s better sunset in the spring.” Aku mengumpan pendapatku, ingin tahu apa sebenar yang difikirkan di dalam hatinya.

“Summer…” Ayatnya tergantung di situ.

Sebenarnya, aku menemaninya di situ setiap petang. Lebih kurang sebulan lebih. Dan aku tak tahu apa yang terlalu disukainya tentang pemandangan matahari yang jatuh di barat bumi itu. Mungkin, keterbiasaan membuatkan aku seolah-olah terlepas daripada semua yang sedang berlaku di sekelilingku.

Petang yang agak lembab. Hujan turun selama sejam dari jam dua hingga tiga petang tadi membuatkan keadaan lewat senja agak dingin, dengan bangku panjang yang ada di hadapan rumahku sedikit basah, sesekali berbunyi, reput digenangi air hujan yang meresap masuk ke dalamnya. Petang yang bernyamuk. Seekor dua mati di tanganku, gemuk dengan darah yang dihisap dari lenganku yang kurus. Hairan juga aku, dia tak sedikit pun hiraukan tentang nyamuk yang semakin banyak di waktu hampir maghrib itu, walaupun menggunakan T- shirt dan bermuda.

“It’s like the day never ends. You can repeat all over again. Like the tears is not a word ever exist. Like God has given all the day for you to appreciate each moment you had, with your family, friends, and everything. All bugs and birds sing. What you can hear is the laugh. Like no one ever come across the sadness. No one’s crying.” Dia tersenyum padaku.

“Dulu, ada sepohon pokok hutan tumbang di tengah jalan menuju ke rumahku. Bungkas umbi, tunduk memeluk bumi yang memegang akarnya sejak dilahirkan ke dunia. Waktu hampir senja. Aku katakan padanya. Dia masih lagi tersenyum.

“It’s sad isn’t it?” Sekali lagi aku menguji pemikirannya yang kukira sedang mencari jawapan kepada soalanku yang ada maksud tersendiri itu.

“Well, it’s sad. But, you have to think forward. Every day, when the sun dies, the night is born. Look, something new happens when something ends. Trees die, new seed is planted. New life.”

Kadang-kadang, aku kagum juga dengannya. Setiap soalan pasti ada jawapannya yang tersendiri. Jawapan yang berisi.

“Don’t you miss this, when you get back to your home?”

“Yes. I’ll be missing this moment. I wish, I could stay longer, to live and spend my lifetime here. Like all days in Newcastle are the days in the summer.”

Air hujan yang masih berbaki di hujung daun menitis ke bumi. Menyirami sebahagian muka bumi yang mulai kering. Mungkin akan kekal seketika sebelum diserap ke dalam bumi. Satu hukum alam. Pasti akan kembali ke bumi.

Tahun ini, aku bakal berusia 24 tahun. Dalam tak sedar, sudah tujuh tahu meninggalkan alam persekolahan. Dan tahun ini, bakal menjadi tahun terakhir aku bergelar seorang pelajar, setelah 19 tahun aku memegang gelaran itu. Selama usia ini aku belajar untuk mendewasakan diri sendiri, memegang kepercayaan pada kemampuan diri, bermimpi untuk mencapai impian-impian yang telah aku tanam sejak dari dahulu.

Tiba-tiba, aku mulai sedar, aku menghilangkan sesuatu yang amat berharga dalam hidupku, walaupun sentiasa ada bersamaku. Aku diam sebentar memandang matahari yang semakin surut cahayanya.

“You look so calm.” Aku berkata padanya, setelah agak lama kami mendiamkan diri.

“I want to live in Malaysia, can I?”

“Why not? You are always welcomed here.”

“Are you thinking of something? Share with me.” Tanyanya sambil melihatku.

“I'm just thinking. I've been losing that always there for me. I'm sorry...”

“Of?” Kali ini dia pula yang hairan denganku

“I’m sorry, if I’ve changed all these years. I hope everyone accept the new me.”

Terasa juga kekosongan di dalam hatiku, walaupun setiap siang dan malamku ada teman-teman yang sentiasa menggembirakanku. Tapi, aku ada kekurangan sesuatu.

“Yes... you are changing, much. Each day, you are getting quite.”

Dah lama aku tak tengok ayam kampung. Dulu, masa aku kecil-kecil, abah ada memelihara beberapa ekor ayam di belakang rumah. Untuk dimakan. Pernah juga aku melihat abah dan abangku menyembelih ayam. Dan petang ini, seekor ayam lalu tidak jauh dari kami. Mungkin kepunyaan jiran-jiran kampung yang lain. Mencari makan di petang-petang hari. Datang seorang budak, berlari-lari ke arah ayam itu, membuatkan ayam itu terbang ke arah pokok-pokok hutan yang semakin tinggi.

“Kalaulah aku boleh kembali ke masa lalu, aku pasti akan kembali. Mengulangi semua agar aku dapat kembalikan kepercayaan dan semangat pada hatiku ini. Apa pun, selalunya, aku akan membiarkan hatiku berasa tawar. Hendak kutambah gula, pasti akan hancur dihurung semut. Diletak garam, pasti akan pedih, dan kalau diletak cuka, pasti hatiku akan masam, kecut dan hatiku akan kecil. Akhir sekali, aku meletakkan hatiku dengan rasa tawar.”

“I don't really understand what you were saying just now. I know a little bit Malay. But...”

“I always hope you can understand my native language." Kataku tanpa menjawab soalannya,

“What time is it in Newcastle?”

“Well, England is eight hours late than Malaysia. Plus minus, the daylight saving one hour, it's 10 something. Hey, good morning homeland!” Pekiknya, membuatkan kanak-kanak tadi memandang kami.

“Sushhh. It's dusk already.”

“Why?”

“Malay custom believes, we should be in the house by this time, waiting for Maghreb. Take a bath, ablutions and then pray. Some old folks believe, ghosts like to roam on the ground.”

“Really? My mum never told me.”

“Because you live in Newcastle...ha-ha... maybe she forgets.” Aku senyum sedikit.

“I'll be flying back this Saturday...” Katanya tiba-tiba. Mungkin aku menyentuh tentang tempat kelahirannya di benua Eropah sana.

“I know... have fun... and I hope you'll learn something while you are here.”

“Me too. I’ll back.”

“’Ll back? This is your home right?”

“Yes. But I’ll be back again… soon. I’m just waiting for that moment.”

Aku akan kembali lagi ke sini. Habis kepulangku ini. Tanah tumpah darahku. Tanah airku. Tanah aku berpijak selama aku membesar, doaku untuk Tuhan.

Siapa aku di hadapan Tuhanku?

Tiada siapa yang akan mampu menjawab soalan ini. Hanya DIA yang tahu. Di akhir senja ini aku berfikir mengenai-NYA. Sedangkan siang akan berakhir, inikan pula hidup seorang manusia. Aku? Entah.

Hujan yang diturunkan oleh Mikail berhenti sebentar tadi. Hujan yang memberikan harapan kepada tumbuhan yang baru bertunas. Namun, ada di antaranya yang tenggelam kerana tumbuh di dalam lopak-lopak air yang menakungi air hujan. Seperti aku, yang baru ingin melebarkan hidup sebagai seorang manusia di alam yang bakal mencabar hati dan perasaanku. Kalah aku, kalahlah jiwaku. Hanya pada-NYA aku berserah.

Titisan air hujan masih melekat di tingkap kaca bilik. Menjadi satu medium yang membiaskan cahaya pelangi mini di ruang penglihatanku. Jari jariku mengelap lembut cermin mata yang telah aku gunakan sejak dua tahun lalu. Tiba-tiba gerak itu mati sahaja di situ. Dalam diam, aku tidak sedar, DIA menarik sedikit demi sedikit nikmat penglihatanku. Tujuh tahun lamanya aku menggunakan cermin mata, baru sekarang aku tahu. Ujian yang diturunkan untuk setiap hamba yang penuh dengan maksud yang kadang-kadang tidak akan pernah difahami oleh manusia.

Apa yang aku ada, pasti semua akan hilang. Segala-galanya tidak akan kekal.

Ya ALLAH, panjangkanlah umurku, biar pun untuk sehari lagi…

Aku

ingin ENGKAU ada disini

menemaniku saat sepi

menemaniku saat gundah

Berat hidup ini tanpa diri-MU

ku hanya mencintai KAMU

ku hanya memiliki KAMU

aku rindu setengah mati kepada-MU

sungguh ku ingin KAU tahu

aku rindu setengah mati

meski,

telah lama kita tak bertemu

ku slalu memimpikan KAMU

ku tak bisa hidup tanpa-MU

aku rindu setengah mati kepada-MU

sungguh ku ingin KAU tahu

ku tak bisa hidup tanpa-MU

aku rindu…

Dan dengan ini, aku mengakhiri Meninggalkanmu...