Friday, December 17, 2010

Jangan Buat Saya Begini Sih!

Sebenarnya.....
Kalau korang nak tahulah, aku ni jenis yang agak baran sikit. Aku tak suka nak marah-marah. Kawan-kawan aku kenal aku sebagai seorang yang happy go lucky, senang diajak bersembang, ajak keluar, buat disscussion kat library. Yup, aku akui, aku suka berkawan, dan selama aku berkawan, diorang dah kenal sangat aku ni macam mana. Alhamdulillah, diorang selalu menceriakan hari aku

Tapi, entahlah, ade je insan-insan, yang selalu ke buat aku rasa nak marah je(yang penting bukan bestfren & classmate aku...sayang kat korang...). Adalah, just, terlalu urang senang.

Secara jujurnya, aku kalau dah marah, memang lama nak reda. Paling sekejap, SETAHUN! Paling aku tak suka, orang yang terlalu banyak mulut, lebih-lebih lagi, cerita pasal aku. Aku sangat tak suka orang kenal aku melalui orang lain. Nak kena terajang tak?

Dan ada pulak yang tak reti bahasa... yang ni paling aku anti sangat. Aku cakap tak suka, buat jugak. BODOH SIAL! Memang tak belajar kat sekolah, dulu mak bapak anta sekolah pegi main tepi longkang.

Walau bagaimanahappy go luckynya aku di kalangan member-member aku ni, diorang dapat rasa yang aku ni marah atau tak. Yelah. Bukan hari-hari diorang tengok aku cam ni. Dan diorang penah terasa tempiasnya, walaupun aku tak marah kat diorang. Sory, just aku tak dapat kawal diri aku.

By the way, disebabkan aku jarang marah, aku susah sikit nak kontrol perasaan ni. Jaci, kalau aku marah, & kalau ada sesiapa yang buat aku marah masa tu, aku tak akan teragak-agak nak marah dia, biarlah dia merajuk atau emo kat aku, sampai bila-bila pun aku tak peduli. Seriously, aku tak akan rasa menyesal. Dah tau aku marah, jangan buat aku camtu pulak. Memang nak kenalah tu.

Kadang-kdang, aku tak marah kat orang, aku pun marah kat diri sendiri. Contohnya aku tak dapat buat exam... hmm...biasalah kan... Tapi yang paling biasa ialah tak dapat repair barang yang rosak. Selalunya aku hempas je barang macam tu. Tapi, aku sabar jelah. Yelah, kalau yang tak buat kerosakan tu tak lain dan tak bukan, aku sendiri! HUHU...

Walau apa pun, jangan buat saya begini sih!

2 comments:

RizuwanMasri said...

hohoho . Panas baran jugak kamu ni . Bwk bersabar . ambik wuduk banyak2 klu tgh marah . hehehe . btw . Follow~

fadhdeela said...

rileks..mrh xbaik utk kesihatan..rileks k.. senyum!! :P

im following u :P

Jom singgah: Tutorial: Tinggalkan Link kat Komen