Saturday, May 12, 2012

Marahlah ...

Assalamualaikum...salam sejahtera...dah lama aku tak menulis dalam blog ni.... Kerja -kerja, kerja, dan malas. Lepas tu, accident la pulak. Hm... dah malang nak buat macam mana kan.
Tapi yalah. kenapa sejak akhir - akhir ni banyak orang marah dengan aku. Sampai sanggup dah tak nak kawan lagi. kepada koramg semua, aku mintak maaflah, bukan aku diam maksudnya aku dah malas nak layan korang, cuma, fahamlah dengan perubahan dan keadaan aku. Aku kerja. Tak dapat nak layan korang semua. Dah tu, tangan aku pulak retak. Bersimen dua bulan. Kalau aku tak angkat call, atau tak balas SMS, faham - fahamlah. Takkanlah aku nak reply pakai kaki kot. Hm....
Aku mengaku, sejak kemalangan 3 bulan lebih yang lepas, aku memang sangat sensitif. Mungkin banyak yang tahu kenapa orang sakit banyak yang sensitif. Terlalu terhad perkara yang boleh dibuat oleh orang sakit. Tak bebas. Back to basic. Perkara yang selalu dibuat akan menjadi sukar kerana ketidakupayaan diri. Semuanya berharap kepada bantuan orang lain. Ya Allah... kadang kadang aku terfikir, kenapa Tuhan pilih aku. Mungkin DIA mahu aku ingat tentang dosa -dosa lalu. Tapi, kenapa masih ada orang yang mahu marah aku? Bukannya aku nak jadi macam ni. Terbatas.
Tapi tak apalah. Aku dah sedar dan faham. Tinggallah aku sendiri... Marahlah aku puas - puas... ikut kemahuanmu. Aku dah tak kisah lagi...